Mangsa, Sama-ae Sama, 55, ditembak ketika menunggang motosikal pada pukul 7.40 malam waktu tempatan.

Ketua Siasatan Jenayah Wilayah Yala, Kolonel Polis Suriyan Jantawong berkata mangsa cedera parah dan kemudian menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raman.

“Polis menemukan lima luka kesan tembakan di dadanya dan dua lagi di pergelangan tangan kanannya.

“Polis turut menjumpai dua kelongsong peluru kosong dan pistol di tempat kejadian,” ujarnya.

Siasatan awal mendapati mangsa ditembak oleh empat lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terbabit dalam konflik politik tempatan. - BERNAMA