Dalam kejadian pada 6.30 petang waktu tempatan di Kampung Jak Bantang di sini, lelaki yang berusia 45 tahun itu yang merupakan ketua kampung tempat 4 mukim Benar Setar cuma mengalami kecederaan.

Beliau pernah ditembak sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini.

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Benar Setar Kapten Polis Suriya Kuedam berkata, isteri mangsa yang berusia 34 tahun yang duduk di kerusi hadapan pikap maut di tempat kejadian.

Beliau berkata tiga anak perempuan pasangan itu yang berusia 14, 10 dan tujuh tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Benar Setar.

“Siasatan awal polis mendapati tembakan itu dilepaskan dari sebuah pikap ke arah pikap yang dinaiki keluarga itu di hadapan Sekolah Rendah Jak Bantan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA