Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kes penipuan guna e-mel meningkat di AS

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengingatkan beberapa sektor perniagaan
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengingatkan beberapa sektor perniagaan di Amerika Syarikat (AS) supaya lebih berhati-hati semasa menggunakan e-mel selepas berlaku pertambahan insiden penipuan dan pemalsuan maklumat dalam aplikasi itu. GAMBAR HIASAN/AGENSI

NEW YORK 6 Mei – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan amaran kepada beberapa sektor perniagaan di sini supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan e-mel berikutan meningkatnya kes peni­puan dan pemalsuan yang berkaitan dengannya dalam tempoh tujuh bulan terak­hir pada tahun lalu.

FBI mendakwa, berdasarkan laporan Pusat Aduan Jenayah Internet kelmarin, sebanyak AS$5.3 bi­lion (RM22.98 bilion) telah ‘dicuri’ sejak bulan Oktober 2013 pada Disember lalu.

Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada laporan awal yang menyebut, kira-kira AS$3.1 bilion (RM13.44 bilion) berjaya ‘dicuri’ untuk tempoh yang sama pada bulan Mei tahun lepas.

Menurut FBI, jumlah kes e-mel perniagaan yang dipalsukan juga meningkat hampir sekali ganda dari bulan Mei hingga Disember lalu iaitu daripada 22,143 kepada 40,203 kes.

Laporan terbabit bagai­manapun tidak mendedahkan jumlah sebenar wang yang ‘hilang’ dalam jenayah siber itu.

Bagi Robert Holmes yang mengkaji sistem e-mel perniagaan itu untuk firma Proofpoint Inc. (PFPT.O), pendedahan FBI hanya mewakili 20 peratus daripada jumlah kes secara keseluruhannya ketika ini.

Katanya, jumlah kerugian sebenar mungkin berganda daripada apa yang dimuatkan dalam laporan itu.

“Ini bukan berkaitan jumlah (kerugian) sahaja, sebaliknya, ia lebih kepada penyelidikan yang dijalankan secara berhati-hati,” kata Holmes.

Tambah Holmes, selain Amerika Syarikat (AS) yang diletakkan sebagai sasaran pasaran terbesar untuk jenayah tersebut, beberapa negara lain turut berdepan risiko sama termasuk Australia, Britain, Perancis dan Jerman. REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain