Pengarahnya, Rahman Sahnan Putra berkata, empat kes pertama direkodkan di kem penempatan sementara di perkampungan Bukit Tinggi dalam daerah Gunungsari, awal bulan ini.

“Kes semakin meningkat di kawasan yang dijangkiti wabak itu,” katanya.

Wabak berkenaan kini telah tersebar di tiga daerah lain iaitu Batulayar, Lingsar dan Narmada.

Beberapa kanak-kanak dan wanita mangandung dilaporkan antara yang dijangkiti wabak berkenaan.

Beliau berkata, situasi terkini di Lombok Barat amat membimbangkan, memandangkan lokasi penyebaran malaria terlalu hampir dengan kem penempatan mangsa gempa.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) juga menghantar 135 kelambu bagi memastikan mangsa gempa tidak dijangkiti penyakit tersebut.-AGENSI