Kerry Kantona

Menurut portal Mirror. UK, ibu kepada lima orang anak itu akan membuat persembahan pentas mengisahkan hubungannya dengan ibunya, tiga bekas suaminya dan pengalamannya ketika mengganggotai kumpulan Atomic Kitten.

Namun, setakat ini hanya 26 orang sahaja yang telah membeli tiket berharga 20 pound (RM103.57) untuk menyaksikan persembahan teaternya pada malam pembukaan yang akan diadakan di Panggung Melton di bandar Leicestershire pada 4 November ini.

“Kantona amat berharap persembahan teater solonya akan mencatat kejayaan, tetapi jualan tiket setakat ini tidak memberangsangkan. Mudah-mudahan penjualan tiket akan terus meningkat,” kata sumber kepada portal tersebut

Bekas pemenang rancangan realiti, I’m A Celebrity itu pernah menjadi antara artis terkaya di Britain, tetapi kemudian mengalami kerugian hampir 6.8 juta pound (RM35.2 juta) selepas diisytiharkan muflis sebanyak dua kali pada 2013.

Kantona, 35, yang pernah berkahwin dengan anggota kumpula Westlife, Brian McFadden, kini dilaporkan sedang dalam proses penceraian dengan suami baharunya yang juga bekas pemain ragbi, George Kay.