Lelaki itu yang berada dalam senarai agensi keselamatan Perancis kemudiannya didapati maut dan pendakwa raya unit antikeganasan Perancis menegaskan mereka telah membuka kertas siasatan.

Bagaimanapun masih tidak jelas bagaimana lelaki yang namanya tidak didedahkan itu meninggal dunia.

Pada masa sama, tidak ada individu yang cedera dalam kejadian itu.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerard Collomb berkata, kenderaan itu didapati membawa senjata dan bahan letupan.

“Ini sekali lagi menunjukkan bahawa tahap ancaman di Perancis terlalu tinggi,” kata Collomb di lokasi kejadian. - REUTERS