Menurut polis, pemandu kereta berkenaan berjaya ditahan manakala seramai 12 mangsa telah dikejarkan ke hospital termasuk seorang kanak-kanak yang cedera parah pada kepala.

Seorang saksi, Sue, memberitahu stesen radio Melbourne 3AW, dia mendengar jeritan orang ramai dan kemudian melihat beberapa orang `terbang’ di beberapa tempat.

“Kami mendengar bunyi bising dan sebaik sahaja kami memandang ke kiri, sebuah kereta berwarna putih sedang merempuh orang ramai,”katanya. - AFP