Mail Online melaporkan, bangkai kereta Chevrolet Corvette itu akan dilelong di Houston, Texas, hujung minggu ini.

Jika dalam keadaan baik, model kenderaan keluaran tahun 2015 itu dianggarkan mempunyai harga jualan sehingga AS$42,838 (RM183,981).

Bagaimanapun setakat ini, kereta klasik Amerika itu masih tidak menerima sebarang bidaan.

Iklan yang memaparkan lelongan bagi kereta rentung itu memaparkan beberapa keping gambar keadaan kereta itu yang mengejutkan.

Bahagian logam kereta itu yang remuk sepenuh­nya mungkin boleh dikitar semula sebagai besi lusuh.

Kenderaan itu dilelong di sebuah laman web, Copart yang mempunyai kepakaran dalam kende­raan terpakai dan yang dibaik pulih semula.

Bagaimanapun, pelelong kereta itu gagal menyediakan butiran lanjut bagaimana kereta terbabit boleh menjadi sedemikian rupa.