Menurut portal berita Mail Online, sindrom ini berlaku apabila saraf median pada pergela­ngan tangan tersepit disebabkan terowong di sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

Terowong berkenaan memberikan laluan dan perlindu­ngan kepada lapan saraf median ke bahagian tangan.

Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Simptomnya bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sa­kit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Muscle and Nerve menun­jukkan pergerakan berulang me­li­batkan jari dan pergelangan ta­ngan ketika menggunakan peranti elektronik akan memampatkan saraf median yang melalui tangan sekali gus membawa kepada masalah kebas, sengal ser­ta kerosakan saraf kekal.

“Sebelum ini kita hanya melihat kecederaan akibat kete­ga­ngan saraf berulang pada me­reka yang menggunakan te­­tikus dan papan kekunci di tempat kerja, namun kini penyakit tersebut semakin menular dalam kala­ngan generasi muda ekoran per­kembangan pesat telefon pintar serta tablet.

“Ini adalah cabaran baharu abad ke-21 dan saya akan menggalakkan sesiapa yang menga­lami gejala panas seperti terbakar pada bahagian saraf dan kerap merasa kebas agar segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan,” jelas Pengarah Kajian Artritis UK, Dr. Stephen Simpson.

Gejala paling teruk bagi sindrom terowong Carpal dilihat pada individu yang menggunakan pelbagai peranti dalam satu masa atau sering mengendalikan telefon pintar mereka de­ngan hanya sebelah tangan.