Pemantauan yang dilakukan di rumah sembelihan Tegeta ini bagi memastikan daging lembu itu memenuhi piawaian yang diminta syarikat pengendali EZ Qurban sendiri disamping peraturan daripada jabatan kesihatan negara tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati mereka akan membuat pengesahan cop pada daging korban selepas proses melapah selesai.

Seramai 30 orang petugas terlatih melakukan kerja - kerja penyembelihan dan seterusnya proses melapah sehingga selesai.

Sebanyak 50 ekor lembu untuk diagihkan kepada penduduk daif di sekitar daerah Kunduchi yang majoritinya penduduk Islam.

Program kembara EZ Qurban di bumi Afrika ini adalah bagi menyampaikan amanah rakyat Malaysia dalam perlaksanan ibadah korban. - UTUSAN ONLINE