Keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan mesyuarat dengan golongan ulama yang mengeluarkan fatwa menentang pengeboman bunuh diri, minggu ini.

Kumpulan ulama itu turut mencadangkan agar gencatan senjata diadakan dengan Taliban dan dipersetujui Ashraf yang kemudian menetapkan tarikh 20 Jun ini sebagai tarikh kuat kuasa gencatan berkenaan.

Sebelum ini beliau pernah mendesak gencatan senjata dengan Taliban namun ini merupakan tawaran tanpa syarat sejak beliau dilantik pada 2014. - REUTERS