Agensi berita Xinhua mela­porkan, Timbalan Pengarah Pengangkutan, Wilairat Sirisophonsilp berkata, pihaknya sedang menjalankan kajian berhubung rancangan pengutipan tol bagi lebuh raya dan jalan raya negara ini.

Menurut Sirisophonsilp, ku­tipan tol ini akan digunakan untuk membiayai pembaikan serta penyelenggaraan mana-mana jalan yang menghubungkan Thailand dengan negara jiran.

Perbelanjaan ini juga meliputi pengendalian sekiranya berlaku sebarang kes kemalangan.

Jelas Sirisophonsilp, pihak­nya masih belum membuat ke­putusan pengutipan tol akan dilakukan secara manual atau automatik.

“Kita juga akan mula memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawasi mana-mana pihak yang menyebarang sempadan ke negara ini,” kata­nya. – BERNAMA