Menurut tentera, insiden tersebut berlaku pada Sabtu lalu di barat Timbuktu iaitu salah satu daripada tiga bandar utara Mali yang dirampas semula daripada militan pada 2013.

Jurucakap Ketua Staf di Paris berkata, unit Barkhane berhadapan dengan kenderaan yang enggan berhenti bagi pemeriksaan.

“Selepas beberapa tembakan amaran dilakukan, kenderaan itu masih gagal patuh lantas ditembak ketika cuba menghala ke arah tentera Perancis.

“Kenderaan itu yang membawa sejumlah ‘besar’ kuantiti minyak terbakar dan membunuh seorang remaja serta dua dewasa di dalamnya,” jelas kenyataan itu.

Siasatan terhadap insiden itu sedang berjalan. - AFP