KENDALL JENNER
KENDALL JENNER

Namun memetik laporan majalah People, seorang sumber mendakwa hubungan di antara dua model tersebut hanyalah sekadar kawan dan bukan bercinta seperti yang didakwa peminat.

“Kendall hanya suka-suka sahaja, Dia tidak mahu menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki buat masa sekarang. Dia sangat menikmati masa bersendiriannya.

“Namun, Kendall sebenarnya takut untuk bercinta kerana risau akan dilukakan dan ditinggalkan sang kekasih,” kata sumber itu.

Dakwa sumber itu lagi, adik kepada bintang media sosial, Kim Kardashian itu pernah beberapa kali cuba menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun tidak berhasil.

“Sebelum ini dia pernah mencuba serius dengan pemain bole keranjang, Blake Griffin tetapi tidak berjaya. Jadi dia tidak mahu membazir masa dengan mencari pasangan hidup buat masa ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE