Demikian tegas jurucakap Kementerian Pertahanan Iraq, Mejar Jeneral Tahseen al-Khafaji ketika mengutuk kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mahu tentera AS terus berada di bumi Iraq.

Menurut Trump, ini bagi membolehkan AS terus memantau dengan lebih dekat sebarang aktiviti ketenteraan Iran.

Untuk itu, Tahseen menegaskan negaranya tidak akan membenarkan 'orang luar' menggunakan wilayah di Iraq sebagai tindakan ketenteraan terhadap mana-mana jiran.

"Baghdad tidak akan membenarkan sesiapa 'bekerja' di dalam Iraq untuk memerangi mana-mana negara di sekeliling kami.

"Kami mempunyai hubungan baik dengan semua jiran," katanya ketika ditemu bual Press TV di sini.

Menurut beliau, tentera Iraq juga mempunyai keupayaan untuk menjaga sendiri negara ini, tanpa campur tangan lain.