LINDSEY TAUNT (kiri) dan Kirsty Baker berjaya menurunkan berat badan bersama sebanyak 88 kilogram. AGENSI

Malahan, apabila Lindsey membuat keputusan untuk mengurangkan berat badannya, Kirsty juga berbuat demikian bagi membolehkan dirinya serupa antara satu sama lain.

Dengan sokongan dan inspirasi antara satu sama lain, pasangan kembar berkenaan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 88 kilogram.

Lapor Mirror UK, keputusan mereka untuk menurunkan berat badan memberi hikmah kepada pasangan kembar tersebut selepas doktor mendapati Lindsey serta Kirsty berkongsi penyakit bawaan genetik serupa yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung.

Penyakit tersebut boleh menjadi lebih teruk disebabkan berat badan mereka yang berlebihan sebelum ini.

“Apabila berat badan Lindsey mulai turun, tidak mungkin saya akan ketinggalan da­ripadanya. Kehilangan berat badan dengan kembar um­pama melihat diri sendiri di cermin.

“Kami tidak mungkin dapat melakukan ini de­ngan sendirinya. Mela­kukannya bersama-sama mem­buat kami lebih bersemangat,” kata Kirsty.

Kirsty mengalami sakit jantung ketika hamil pada 2013.

“Syukur saya tidak me­ngalami apa-apa masalah dan anak saya, Evan berjaya dilahirkan dengan selamat. Tetapi doktor mendapati penyakit jantung berkenaan akibat pembekuan darah bawaan genetik yang saya dan Lindsey hidap.

“Mereka berkata berat badan saya adalah punca utama. Jadi kami perlu mela­kukan sesuatu tentang itu,” ujar Kirsty.