Pasukan polis me­ngawal sekitar kem dan bandar tersebut selepas beberapa kumpulan pendatang membakar tandas dan mem­baling batu ke arah pasukan keselamatan kerana membantah rancangan penutupan kem itu.

Perancis akan menutup kem yang menempatkan 6,500 pendatang yang melarikan diri dari pe­perangan dan kemiskinan untuk merancang menempatkan se­mula mereka ke 450 buah pusat perlindungan di seluruh Perancis.

“Saya berharap langkah ini ber­jaya namun saya tidak peduli di mana saya berada, yang pen­ting saya perlu belajar,’’ kata Ama­dou Diallo dari Guinea Conakry di Afrika Barat.

Kebanyakan pendatang dan pe­larian yang berasal dari Afgha­nis­tan, Syria dan Eritrea itu berharap untuk ke Britain.

Namun Britain tidak membenarkan kemasukan kumpulan pen­­datang berkenaan berikutan peraturan Kesatuan Eropah (EU) yang mengkehendaki mereka men­­­dapatkan suaka politik di negara Eropah pertama dijejaki mereka.

Sementara itu di kem Calais, pe­kerja bantuan dilihat mengedarkan beg yang mengandungi bekalan makanan dan risalah tentang birokrasi imigresen. – AFP