Menurut kenyataan yang dikeluarga Osbone kepada media, mereka amat terkejut dan sukar untuk mempercayai dengan apa yang berlaku.

Sambil menyatakan simpati mereka terhadap mangsa rempuhan van, apa yang berlaku benar-benar gila.

Menurut laporan, Osborne yang tinggal bersama pasangannya dan empat orang anak di Cardiff, Wales, ditahan penduduk tempatan selepas berlaku kejadian rempuhan van ke atas jemaah masjid Finbury Park sebelum di­serahkan kepada pihak polis.

Seorang saksi kejadian men­dak­wa suspek mengaku mahu mem­bunuh lebih ramai umat Islam.

Osborne yang tidak berada dalam senarai individu dikehendaki polis dipercayai menyewa sebuah van dari South Wales sebelum memandu ke Rumah Kebajikan Islam di utara London dan merempuh umat Islam yang baru keluar dari masjid Finsbury.

Menurut Menteri Keselamatan, Ben Wallace ber­kata, suspek yang dikatakan ber­de­pan tekanan pe­­rasaan selepas berpisah dengan isterinya enam bulan lalu, dipercayai bertindak secara bersendirian.

“Sehari sebelum kejadian, suspek membuat kecoh di sebuah kelab malam dan menjerit me­ngutuk umat Islam serta bersumpah untuk ‘melakukan kerosakan’ sebelum dihalau keluar,” kata seorang jiran yang mengenali Osborne.

Kejadian tersebut menyebabkan 10 mangsa cedera dengan dua daripadanya parah.

Seorang lelaki yang pada awalnya telah menghadapi serangan jantung, mati di tempat kejadian tetapi kematiannya masih tidak dipastikan sama ada berkaitan dengan serangan van itu.

Sementara itu, ratusan penduduk tempatan dilaporkan me­lancarkan perhimpunan aman di Finsbury Park di utara London beberapa jam selepas serangan keganasan tersebut berlaku.

Orang ramai memegang poster dan sepanduk yang tertera slogan ‘Jangan ganggu umat Islam, ‘Kami akan terus bersatu’ dan ‘katakan tidak kepada Islamofobia’ ketika mereka berkumpul untuk menunjukkan sokongan dan perpaduan mereka selepas serangan ber­kenaan.