Keluarga tersebut mengitar semula najis haiwan itu untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi kilang tenusu yang terbesar di Palestin malah menyalurkannya ke beberapa rumah berhampiran.

Mereka mendapat idea tersebut semasa melancong ke luar negara dan berpendapat najis lembu boleh dimanfaatkan untuk perkara lain selain digunakan sebagai baja oleh petani setempat atau terbiar begitu sahaja.

“Amat rugi jika najis ini di­biar­kan begitu sahaja sedang­kan ia boleh menghasilkan te­na­ga elektrik,” kata Kamal yang memiliki ladang menempatkan kira-kira 1,000 ekor lembu.

Projek yang dilaksanakan di Tebing Barat itu merupakan yang pertama seumpamanya di wilayah Palestin yang lazimnya menggunakan tenaga diperbaharui daripada panel solar.

Keluarga berkenaan mendapat khidmat nasihat daripada pakar tenaga diperbaharui, Maher Magalsay dari Universiti Politeknik Hebron.

Maher membawa sekumpulan jurutera dan jentera penjana kuasa dari Jerman untuk membangunkan projek tersebut meng­gunakan haba daripada biogas dan metana yang dihasilkan oleh najis lembu tersebut.

Beliau turut melibatkan para penuntutnya termasuk bekas penuntut yang telah mengikuti kursus perantis di luar negara.

Menurut beliau, sebanyak 30,000 kilogram najis lembu yang diperoleh dari ladang lembu Kamal setiap hari boleh menghasilkan sebanyak 380 kilowatt tenaga setiap jam.

Kata Kamal, melalui penja­naan elektrik tersebut, ke­luar­­ganya tidak perlu lagi mem­­­ba­­­­­yar bil elektrik untuk syarikatnya yang menghasilkan susu, yogurt dan produk tenusu untuk pasaran di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. – AFP