Mail Online melaporkan, syarikat Moto Girl Tour yang diasaskan oleh seorang akauntan muda, Chea Renou disalah anggap menawarkan perkhidmatan gadis untuk tujuan hiburan kerana kebanyakan pekerjanya terdiri daripada wanita.

“Kami satu-satunya syarikat pelancongan bermotosikal yang mengupah wanita cantik sebagai pengendali motosikal di Kemboja. Misi kami ialah memberikan perkhidmatan yang tidak pernah dinikmati sebelum ini,” jelas syarikat itu menerusi laman webnya.

Antara pakej ditawarkan adalah mengelilingi bandar, aktiviti pelancongan malam serta pengembaraan lasak dengan pe­ralatan lengkap seperti topi kele­dar, baju hujan, sistem pengesan global (GPS) dan pemandu pelancong.

Harga pakej pula bermula daripada AS$12 (RM53) bergantung kepada perkhidmatan yang dikehendaki.

Renou berkata, oleh itu, tidak hairanlah jika pekerjanya sering menjadi mangsa gangguan seksual.

Katanya, bagi memastikan masalah itu tidak berlarutan, pihaknya menggariskan beberapa panduan terhadap individu yang melanggan perkhidmatan mereka khususnya lelaki.

Ujarnya, pelanggan lelaki tidak dibenarkan memegang atau memeluk pekerja mereka ketika menaiki motosikal.

Katanya, perjalanan pada sebe­lah malam pula perlu dilakukan secara berkumpulan.

“Sebenarnya, perkhidmatan yang kami tawarkan ini bukan untuk mendapatkan wang semata-mata. Selain meningkatkan pe­nguasaan bahasa Inggeris, kami juga boleh berkongsi budaya dan warisan Kemboja kepada pelancong,” kata Renou kepada Phnom Penh Post.