Daripada jumlah tersebut, tiga kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun terkorban dalam kebakaran sebuah rumah di perkampungan Bashkortostan, selatan pergunungan Ural manakala dua lagi terbunuh dalam kebakaran di Krasny Kut, selatan rantau Saratov.

Dalam pada itu, Kementerian Situasi Kecemasan Tatarstan pula melaporkan seorang kanak-kanak dan dua dewasa terkorban dalam kebakaran di Kazan.

Sementara itu, dua lagi dewasa dilaporkan terbunuh, manakala tiga kanak-kanak mengalami kecederaan dalam insiden kebakaran yang berlaku di Peresvet, sebuah bandar di Moscow.-AFP