Agensi Perkhidmatan Cuaca Negara memaklumkan, amaran bendera merah telah dikeluarkan di Oregon, utara California dan utara Nevada ekoran angin kencang berkelajuan 55 kilometer sejam.

``Angin kencang boleh menyemarakkan api lebih dekat dengan kawasan penempatan pada waktu tengah hari dan petang. Patuhi sebarang arahan pindah. Bertindak pantas, kamu mungkin tidak mempunyai masa untuk keluar,’’ lapor agensi itu.

Lebih 12 kebakaran telah bermula sejak dua hari lalu di California termasuk kebakaran Detwiler yang memaksa sebahagian penduduk di wilayah Mariposa untuk berpindah semalam. - Reuters