Menurut kementerian itu, aksi-aksi mendebarkan sepanjang kejohanan tersebut boleh menyebabkan adrenalin peminat menjadi tinggi dan dipercayai boleh membawa maut jika tidak dikawal.

“Kementerian menyeru peminat sukan tidak kira usia supaya menonton perlawanan bola sepak dengan cara yang betul.

“Peruntukkan masa yang sesuai untuk menonton dan berehat,” kata pegawai kesihatan, Suwanchai Wattanayingcharoenchai.

Kementerian itu turut menggesa mereka yang mempunyai masalah kencing manis dan jantung untuk terus mengambil ubat-ubatan.

Tambah kementerian terbabit, mereka yang bekerja keras walaupun dalam usia muda, juga perlu menjaga kesihatan.

“Jika badan anda lemah, peminat hanya perlu menonton per­lawanan yang mereka minati atau menonton ulang tayang sahaja.

“Amalkan rehat yang cukup, senaman, makan makanan yang sihat dan elakkan minuman keras,“kata Suwanchai. – AFP