Gambar-gambar yang disiarkan portal Daily Mail menunjukkan gunung tersebut memancarkan cahaya biru sehingga 4.8 meter tinggi ke udara dalam pelbagai bentuk.

Menurut pakar, cahaya biru itu bukan daripada lahar gunung berapi yang mempunyai warna sama seperti gunung berapi lain namun cahaya itu adalah daripada gas yang dikeluar­kan oleh gunung terbabit.

Kawah Ijen mengandungi gas sulfur yang tinggi dan apabila terdedah kepada oksigen di udara serta bertembung dengan lahar akan memancarkan cahaya biru.

Gunung tersebut menyimpan gas sulfur yang tertinggi di dunia.

Tidak seperti gunung berapi biasa yang dilihat menghamburkan lahar berwarna merah pada siang hari, cahaya biru Kawah Ijen hanya boleh dilihat pada waktu malam.

Gambar-gambar menarik yang disiarkan oleh portal tersebut telah diambil oleh Donny Nugraha Pratama, 32, dari Tangerang, Indonesia.