Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kaum Tsimane paling sihat

NEW MEXICO 18 Mac - Suku kaum Tsimane yang hidup di kawasan pedalaman hutan Amazon di Bolivia memiliki jantung dan arteri paling sihat di dunia, demikian menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis.

Kajian yang diketuai Profesor Hillard Kaplan dari Universiti New Mexico mendedahkan arteri sihat yang dimiliki oleh kaum itu tidak pernah ditemukan pada mana-mana penduduk dunia sebelum ini.

Menurut mereka, gaya hidup kaum berkenaan yang makan makanan berasaskan karbohidrat tidak diproses dan rendah lemak tepu mempengaruhi kesihatan mereka.

Selain itu, mereka juga menghabiskan masa sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti luar se­per­ti memburu dan memancing, berkebun, mengutip buah-buahan dan kekacang liar serta tidak merokok sekali gus membantu menghalang berlaku pengerasan arteri pada jantung.

Menurut laporan portal Daily Mail, para saintis juga mendapati, kaum Tsimane itu juga tidak menghidap penyakit berkaitan jantung walaupun usia mereka semakin meningkat.

Pemeriksaan kesihatan terha­dap ratusan wanita dan lelaki daripada kaum berkenaan mendapati, hampir sembilan daripada 10 individu memiliki arteri yang sihat tanpa sebarang tanda pe­nyakit jantung.

Hampir dua pertiga daripada kaum berkenaan yang berusia lebih 75 tahun disahkan bebas risiko dan hanya lapan peratus sahaja yang mempunyai tahap risiko sederhana.

Seorang kaum Tsimane yang berusia 80 tahun mempunyai arteri yang sama dengan penduduk Amerika Syarikat (AS) yang berusia pertengahan 50-an.

Jika kebanyakan penduduk yang tinggal di bandar mengha­biskan separuh daripada rutin harian dengan duduk, kaum Tsimane pula tidak aktif hanya 10 peratus daripada rutin harian mereka.

Kaum lelaki menghabiskan pu­rata enam sehingga tujuh jam sehari dengan aktiviti fizikal manakala kaum wanita aktif antara empat sehingga enam jam.

Kebanyakan diet harian kaum Tsimane mengandungi karbohid­rat yang tinggi serat seperti nasi, tumbuhan plantain, ubi kayu, jagung, kekacang dan buah-buahan.

Pemeriksaan juga mendapati mereka mempunyai kadar bacaan yang rendah untuk jantung, darah tinggi, kolesterol dan gula dalam darah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain