Mangsa dikenali sebagai Dedi Purnama, 26, dilaporkan bertengkar dengan isterinya, Ilham Cahyani selepas wanita berkenaan bertanyakan kata kunci telefon miliknya.

Lapor Detik News, Dedi dikatakan enggan memberikan kata kunci berkenaan dan berasa berang dengan pertanyaan Ilham lalu memukul isterinya.

“Isteri mangsa melawan balik,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Lombok Timur, Yogi dalam satu kenyataan hari ini.

Ilham kemudiannya mengambil tong yang berisi gasolin dan menyimbahnya ke arah badan mangsa.

“Dia kemudiannya membakar mangsa menggunakan pemetik api,” ujar Yogi.

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Oji yang melihat kejadian itu, cuba membantu memadamkan kebakaran pada badan mangsa.

Mangsa dibawa ke Pusat Kesihatan Keruak namun selepas dirawat selama dua hari, Dedi disahkan meninggal dunia.

Polis masih menyiasat kes tersebut. Beberapa saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan.