Miranda Cosgrove

Menurut Mail Online yang memetik maklumat dokumen mahkamah difailkan Cosgrove, nahas itu berlaku pada Ogos 2011 di Illinois apabila rombongan bas konsert jelajah Dancing Crazy Tour milik bintang tersebut merempuh sebuah kontena rosak di tepi jalan.

TMZ pula melaporkan, bintang rancangan iCarly itu kini memfailkan saman baharu yang menjelaskan mengapa pihaknya menuntut AS$50,000 (RM163,695) daripada pemandu bas tersebut, pemandu kontena serta syarikat pemilik kontena berkenaan.

Cosgrove menyatakan, kemalangan tersebut boleh dielakkan.

Aktres berusia 21 tahun itu memberitahu, nahas tersebut menyebabkan dia terpaksa membatalkan konsert jelajah Dancing Crazy Tour, sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira AS$400,000 (RM1.3 juta).

Cosgrove juga menuduh syarikat Sony Music membatalkan kontrak berikutan kemalangan tersebut apabila dia terpaksa menggunakan kerusi roda selama berbulan-bulan, menyebabkan kerugian sebanyak AS$560,000 (RM1.8 juta).

Dalam masa sama, Cosgrove juga mendakwa turut kerugian AS$400,000(RM 1.3 juta) selepas kontrak dengan produk penjagaan muka Neutrogena dihentikan ekoran kecederaaan yang dialaminya dalam kemalangan tersebut.