Lebih tragis, pembedahan tersebut perlu dilakukan bagi mengeluarkan kanta mata yang sudah berada di dalam mata wanita itu selama 28 tahun.

Dr. Sirjhun Patel, Lai-Ling Tan dan Helen Murgatroyd yang mengeluarkan laporan selepas pembedahan itu berkata, wanita berusia 42 tahun itu menderita bengkak kelopak mata yang disangkakan sebagai cyst.

Bengkak itu membesar dalam masa enam bulan sebelum ia disahkan berpunca daripada kanta mata.

Doktor melakukan pembedahan bagi membuang cyst berkenaan, namun kemudian menjumpai kanta mata yang terlekat di dalam kelopak matanya.

Selepas pembedahan itu, wanita terbabit memberitahu doktor bahawa dia pernah memakai kanta mata, namun tidak menggunakannya sejak 28 tahun yang lalu.

Wanita itu menyangkakan kanta mata yang dipakai kali terakhir itu telah jatuh dan terkeluar daripada mata dengan sendiri.

Menurut doktor, kanta mata yang masih berada di dalam mata wanita itu sebenarnya telah beralih ke dalam kelopak mata dan berada di situ selama hampir tiga dekad. – WWW.UPI.COM