BBC melaporkan, laporan Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan kira-kira 40 pegawai kerajaan negara ini bertanggungjawab melakukan jenayah perang terhadap penduduk tempatan.

Laporan itu menyebut, penduduk awam diseksa, tubuh mereka dicederakan dan kawasan penempatan dimusnahkan dalam skala besar.

Konflik melibatkan pecahan kerajaan di negara ini semakin buruk biarpun perjanjian damai sudah ditandatangani pada 2015. - AGENSI