Francois Crepeau yang ber­khid­mat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga men­­dakwa, penahanan tersebut mengakibatkan sebahagian besar daripada kanak-kanak itu kini mengalami tekanan perasaan dan beberapa penyakit lain.

“Kanak-kanak ini menunjukkan tanda-tanda seperti trauma, bimbang, tekanan serta simptom-simptom seperti imsonia, mengigau ketika tidur dan sebagainya. Perkara ini tidak boleh diterima sama sekali,” kata Crepeau.

Crepeau merupakan salah seorang daripada pemerhati antarabangsa yang berpeluang melihat sendiri pusat tahanan yang terletak di kepulauan Nauru di Pasifik Selatan itu.

Menurutnya, kanak-kanak men­­jadi mangsa ekoran dasar tahanan luar pesisir yang diperkenalkan Australia itu.

Australia membuka semula pusat tahanan pesisir pantai itu pada tahun 2013 selepas beberapa siri tragedi pelarian lemas di kawasan perairan itu selain memudahkan ketibaan pasukan maritim.

Di bawah undang-undang Australia, pelarian khususnya pencari suaka yang menaiki bot untuk ke negara itu akan dihantar ke kem tahanan sementara di Nauru dan Pulau Manus di Papua New Gui­nea terlebih dahulu.

Ketika ini, dianggarkan kira-kira 1,200 pelarian termasuk kanak-kanak berada di pusat tahanan tersebut. – REUTERS