Kem di wilayah Mae Hong Song itu adalah ‘rumah’ kepada kira-kira 10,000 orang daripada etnik Karen di Myanmar.

Etnik berkenaan terpaksa melarikan diri dari Myanmar berikutan konflik antara kumpulan pemberontak dan tentera.

Hujan lebat akibat monsun di kawasan pergunungan di sekitar kem Mae La Onn menyebabkan insiden terbabit.

“Pihak berkuasa masih mencari kesemua mangsa yang hilang,” kata Kolonel Polis Thailand, Kantapat Netipitchayapon. - AFP