Menurut pegawai Institut Penyakit Berjangkit Sweden (SMI), Per Hangstam, kanak-kanak tersebut merupakan salah seorang daripada tiga pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan berasingan di daerah Scania di selatan Sweden kerana menghidap H1N1 dan meninggal dunia di Helsingborg.

Menurut SMI, sehingga 26 Disember lalu, sebanyak 65 orang rakyat Sweden dijangkiti virus H1N1 dan 30 orang meninggal dunia akibat penyakit itu musim lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan virus selesema babi telah berakhir pada Ogos lalu setelah lebih setahun virus yang bermula di Maxico itu mencetuskan panik dan mengorbankan beribu orang di seluruh dunia. - AFP