DEXTER CAHILL mengalami penyakit gangguan saraf deria dan autonomi
DEXTER CAHILL mengalami penyakit gangguan saraf deria dan autonomi jenis 4 yang menyebabkannya tidak berasa sakit. – SUMBER WWW.DAILYMAIL.CO.UK

Menurut Mail Online, ke­adaan itu berlaku disebabkan Cahill disahkan menghidap penyakit gangguan saraf jenis 4 yang melibatkan deria dan autonomi badan yang jarang terjadi.

Ekoran itu, ibu bapanya, Lindsay dan Tom sering berasa risau dengan keada­an Cahill kerana meskipun usianya masih muda, namun kanak-kanak tersebut telah beberapa kali mengalami patah tulang di beberapa anggota badannya termasuk ibu jari serta tangan.

“Orang sangka Cahill adalah adiwira tetapi sebenar­nya tidak. Dia mungkin me­ngalami apendisitis satu hari nanti,” jelas Lindsay.

Awal tahun ini, Cahill mengalami patah tulang kaki ketika sesi tarian di rumah penjagaan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun ibu bapanya terkejut kerana Cahill langsung tidak menangis atau menunjukkan tanda-tanda berasa sakit, malah dia hanya minta gula-gula.

Sementara itu, para saintis mengatakan peluang untuk manusia menghidap pe­nyakit seperti Cahill adalah satu dalam 125 juta orang.