Menteri Hal Ehwal Luarnya, Chrystia Freeland berkata, penahanan tersebut melibatkan bekas diplomat, Michael Kovrig dan konsultan, Michael Spavor bukan hanya isu buat Kanada.

“Ianya isu yang membimbangkan kepada semua rakan sekutu dan kami telah berbincang secara aktif dengan mereka serta semua rakan di seluruh dunia,” katanya.

Kovrig dan Spavor telah ditahan setelah didakwa terlibat aktiviti membahayakan keselamatan China pada 10 Disember lalu.

Meskipun tiada kaitan rasmi kes itu dibuat, penahanan dilihat sebagai tindak balas setelah pihak Kanada menahan eksekutif tinggi Huawei, Meng Wanzhou pada hari sama. - AFP