Portal BBC melaporkan, insiden bermula apabila seorang pegawai polis yang mengawal lalu lintas dilanggar sebuah kereta yang dipandu laju sebelum diserang dengan menggunakan pisau oleh suspek yang sama.

Dalam insiden berasingan pula, seorang pemandu van dikatakan merempuh sekurang-kurangnya empat pejalan kaki, namun, berjaya diberkas kira-kira dua jam kemudian selepas diburu polis.

Difahamkan, pegawai polis terbabit kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital manakala nasib keempat-empat pejalan kaki yang cedera itu bagaimanapun masih belum diketahui.

Ketika ini, usaha memburu suspek serangan pertama sedang giat dijalankan di sekitar bandar itu. - AGENSI