Kakitangan keselamatan Lapangan Terbang Sheremetyevo menemukan objek itu ketika memeriksa beg lelaki berkenaan.

Menurut sumber, pakar pemusnah bom mengesahkan bahawa ia adalah ‘shell’ dengan alat peledak namun bukannya bahan letupan.

Kakitangan AS itu memberitahu, ianya hanya bagi simpanan peribadi dan dia dibenarkan untuk membawanya.

Moscow berkata, mereka telah menghubungi kedutaan AS dan masih menunggu penjelasan lanjut. - AFP