LARRY SILVERSTEIN
LARRY SILVERSTEIN 

Dr. Kevin Barrett yang juga pengasas penubuhan Panel Saintifik Penyiasatan 11 September itu membuat kenyataan tersebut dalam temu bual bersama Press TV ketika mengulas ugutan Dark Overlord untuk mendedahkan ribuan dokumen sulit berkaitan tragedi tersebut.

Laman web RT pada Jumaat lalu melaporkan, ‘kunci’ pe­nyahsulitan untuk sebanyak 650 dokumen yang dikaitkan dengan serangan pengganas pada 11 September 2001 itu telah didedahkan kumpulan berkenaan namun itu hanya sebahagian kecil daripada 18,000 dokumen rahsia yang mungkin dicuri daripada syarikat insurans, firma undang-undang dan agensi kerajaan.

LEWIS EISENBERG
LEWIS EISENBERG 

Kumpulan berkenaan menghuraikan dokumen rahsia sera­ngan 11 September sebagai The 9/11 Papers.

Barrett yang menyelidik tentang tragedi 11 September menyifatkan pendedahan dokumen dibuat kumpulan penggodam itu sebagai menarik kerana orang ramai perlu mengetahui ‘mengapa dokumen-dokumen syarikat insurans tersebut penting’.

IMBAU KEMBALI 2001

Barret mendedahkan, untuk mengetahui bagaimana segala­nya bermula, situasi semasa pada 2001 perlu diteliti sebaiknya.

“Jadi kita perlu kembali ke 2001 yang mana kompleks WTC dan menara berkembar yang dimiliki agensi kerajaan bandar telah ‘mendatangkan masalah’ kepada Pihak Berkuasa Pelabuhan.

“Menara berkembar tersebut dipenuhi dengan asbestos kalis api yang menyalahi undang-undang. Mahkamah pada Ja­nuari atau awal 2001 telah mengarahkan asbestos daripada menara tersebut diganti. Ini menelan kos berbilion-bilion dolar,” dakwanya.

Menurutnya, New York telah mencari cara untuk merobohkan menara tersebut selama bertahun-tahun dengan menara itu mempunyai kadar kekosongan yang tinggi dan infrastruktur komunikasi yang lama.

“Tetapi mereka tidak dapat melakukannya kerana tiada cara untuk merobohkannya secara ekonomik,” dakwa penganalisis tersebut.

EISENBERG MENGETUAI PIHAK BERKUASA PELABUHAN

Barrett memberitahu, Silverstein yang merupakan ‘tokoh jenayah terancang’ mendapat kontrak tawaran rendah dua bulan sebelum kejadian serangan WTC daripada Eisenberg yang menge­tuai Pihak Berkuasa Pelabuhan.

“Kedua-dua mereka yang merupakan jutawan Zionis sangat akrab dengan Netanyahu. Apabila mendapat kontrak daripada Pihak Berkuasa Pelabuhan, Silverstein membeli seluruh WTC dengan pajakan selama 100 tahun.

“Beliau hanya menggunakan wang sendiri sebanyak AS$15 juta (RM62 juta) dengan seratus juta rakan kongsi untuk mendapatkan pusat perdagangan itu selama 100 tahun,” dakwanya.

Dakwa Barrett, jika WTC tidak dirobohkan maka itu merupakan pelaburan hartanah terburuk dalam sejarah tetapi Silverstein menggandakan wang insurans yang dipegang Pihak Berkuasa Pelabuhan apabila memperoleh AS$5 bilion (RM21 bilion).

“Beliau telah berunding untuk mendapatkan wang tunai daripada syarikat insurans dan kemudian membuat tuntutan ganti rugi berganda dengan mendakwa berlaku serangan pengganas ber­asingan membabitkan dua buah pesawat.

“Jadi beliau mendapat wang yang banyak. Persoalannya, syarikat insurans hilang berbilion dolar kepada Silverstein dan Eisenberg disebabkan ‘jenayah penipuan’ 11 September,” jelasnya.