Saintis dan pakar kesuburan Longleat Safari Park di Wiltshire sedang mencuba rawatan IVF pertama di dunia untuk menyelamatkan badak sumbu putih utara yang kini hanya tinggal tiga ekor akibat pemburuan haram.

Tiga ekor badak sumbu putih utara itu kini diletakkan di bawah pengawasan pengawal bersenjata di Kenya dan terlalu tua untuk menghasilkan anak secara biasa.

Terdapat lebih daripada 2,000 ekor haiwan berkenaan pada 1960 namun jumlah tersebut berkurangn dengan mendadak akibat permintaan tinggi tanduk yang boleh dijual hingga mencecah puluhan ribu pound setiap kilogram.

Sembilan telur yang dieks­trak daripada badak selatan betina awal minggu ini telah dipindahkan ke makmal di Itali untuk menunggu tempoh matang sebelum disenyawakan dan menjalankan rawatan IVF dengan sperma spesies jantan badak sumbu putih utara yang terakhir.

Lapor BBC.com, badak berke­naan berusia 43 tahun dan dikenali sebagai Sudan, merupakan satu-satunya badak jantan daripada spesies tersebut yang masih hidup di dunia.

Ketua Safari Longleat, Jon Merrington berkata, para saintis yang terlibat dalam projek itu di seluruh Eropah akan menge­tahui sama ada peringkat awal proses itu berjaya membuahkan hasil tidak lama lagi.