Menurut beliau, Presiden Joko Widodo juga mengarahkan kajian terhadap peraturan keselamatan penerbangan.

“Berdasarkan peraturan negara dan luar negara, nahas ini tidak sepatutnya berlaku tetapi oleh kerana telah berlaku ma­ka kami perlu menilai semula peraturan ini,” katanya.

Sementara itu, portal Tri­bun News melaporkan, pa­su­kan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) dari Amerika Syarikat (AS) dan Boeing telah melawat bilik gerakan mencari dan menyelamat (SAR) Lion Air PK-LOP di Dermaga JICT 2, Tanjung Priok di sini.

Anggota pasukan tersebut tiba pada kira-kira pukul 12.10 tengah hari waktu tempatan dengan diiringi anggota Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT).

Mereka kemudian dilihat me­masuki ruang informasi Ba­dan SAR Nasional (Basarnas) untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi kejadian di perairan Karawang.

Beberapa jam kemudian me­reka dilihat menuju lokasi pengumpulan serpihan pesawat yang berjaya diperoleh.

Ketua KNKT, Soerjanto berkata, pasukan NTSB dan Boeing tiba untuk membantu siasatan tragedi berkenaan.

“Bantuan yang diberi ada­lah sejajar dengan polisi pe­ngeluar pesawat yang memerlukan NTSB melakukan sia­satan dan mereka di sini un­tuk membantu KNKT,” kata­nya. – REUTERS/AGENSI