Juruterbang itu, Denis Yevdokimov berkata, pesawat tersebut kehilangan komunikasi dan perlu bertukar kepada mod kawalan kecemasan ‘kerana petir’ pada penerbangan Aeroflot ke bandar Arctic, Murmansk.

Bagaimanapun, dia tidak secara spesifik sama ada pesawat secara langsung terkena petir.

Penyiasat-penyiasat hari ini sedang berusaha mencari punca kebakaran selepas pesawat jenis Sukhoi Superjet-100 kembali semula ke Lapangan Terbang Sheremetyevo setelah tidak berapa lama berlepas pada petang semalam.

Video tular dalam sosial media menunjukkan pesawat itu terhempas ketika mendarat dan bergerak laju sepanjang landasan dengan api keluar daripada tangki minyak. - AFP