Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan hari ini selepas pihak berkuasa mendapati serbuk putih yang ditemukan pada replika pesawat VietJet seberat 505 gram itu bukannya dadah.

Portal Channel NewsAsia me­laporkan, kedua-dua juruterbang itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di sini ketika mahu menaiki pesawat ke Filipina.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam (CAAV) menyatakan, juruterbang itu dikenali sebagai Francis Dennis Abellera Yutangco, 53, dari Amerika Syarikat dan Elmer Ederadan Sorrea, 45, dari Filipina.

Ketua CAAV, Lai Xuan Thanh berkata, juruterbang itu sedang bercuti dan sepatutnya menaiki penerbangan Cebu Pacific Air dari Hanoi ke Manila.

“Pegawai kastam di lapangan terbang menemukan benda mencurigakan pada bagasi mereka. Mereka ditahan dan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” kata Thanh.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mengesahkan jenis bahan putih yang ditemukan.

Vietnam News Agency pada mulanya memaklumkan, peme­riksaan awal di lapangan terbang itu mendapati serbuk tersebut mungkin dadah jenis heroin, morfin atau opium yang kemudian diserahkan untuk ujian lanjut, semalam.

Katanya, ke­dua-dua juruterbang itu akan menaiki penerbangan ke Filipina menggunakan pesawat sama malam esok.