“MSF mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya, Hani Mohammed Almajdalawi, terbunuh di Gaza pada Isnin lalu, 20 Ogos,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Jelas pertubuhan itu lagi, MSF berusaha untuk mengesahkan dan memahami insiden yang sangat serius ini, dan tidak dapat mengulas lagi pada peringkat ini.

Sementara itu, COGAT, badan kementerian pertahanan Israel yang bertanggungjawab terhadap kegiatan di wilayah Palestin, mengeluarkan kenyataan lewat semalam menyelar MSF sebagai ‘ Terrorism Without Borders’.

“Hani al-Almajdalawi, cuba menyusup melalui pagar keselamatan di Semenajung Gaza utara dengan bersenjatakan senapang, melepaskan tembakan ke arah tentera, bahkan melemparkan alat peledak ke arah mereka,” katanya.-AFP