Hakim mengisytiharkan perbicaraan silap (mistrial) selepas juri gagal sebulat suara bersetuju sama ada Cosby memberi dadah dan alkohol kepada Constand di rumahnya pada 2004.

Pihak pendakwa raya berkata mereka akan membicarakan semula kes Cosby yang kekal berdepan tiga tuduhan serangan seksual.

Kes berkenaan secara tidak langsung mencemari reputasinya, mengakhiri kariernya dan menguburkan kegemilangan seorang pelakon yang pernah memecahkan sempadan perkauman di AS suatu ketika dahulu. - AP