Menurut Portal Rohingya Blogger, polis memeriksa kereta yang dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan selepas ia berhenti di sebuah pasar berhampiran kampung Thaman Thar (Shaab Bazaar) untuk dibe­tulkan tayarnya.

Kesemua mereka telah dibawa ke Pos Pemeriksa Polis Sempadan Myanmar di wilayah 2, utara Maungdaw dan kenderaan mereka disita.

Selepas berlaku pertelingkahan antara empat lelaki Buddha yang dikenal pasti sebagai pegawai tentera berpakaian preman dengan sebilangan lelaki Rohingya di perkampungan sebelah utara Maungdaw pada 24 Jun lalu, anggota tentera dan polis sempadan Myanmar bersama-sama dengan kumpulan ekstrimis yang bersenjata pedang dan parang telah menyerang rumah penduduk Rohingya dan membunuh mereka selain mengganggu wanita dengan mendakwa mereka terlibat dalam pertelingkahan ber­kenaan.

Pasukan keselamatan dilihat cuba menghasut penduduk Buddha tempatan supaya menentang penduduk Rohingya dengan tujuan mencetuskan semula keganasan yang pernah berlaku pada tahun 2012.