Pertubuhan bukan kerajaan, Samaritan of Singapore (SOS) yang memfokuskan usaha menghalang kejadian bunuh diri memaklumkan, peningkatan tersebut berlaku kerana warga emas berkenaan bimbang akan menjadi beban kepada keluarga masing-masing.

Selain itu warga emas terbabit turut berhadapan dengan masalah tiada hubungan sosial, kecacatan fizikal dan nyanyuk.

Melalui kenyataan yang dimuat naik dalam laman sesawang SOS, jumlah warga emas dalam usia berkenaan yang membunuh diri pada tahun lalu meningkat kepada 129 orang iaitu jumlah yang tertinggi pernah dicatatkan.

Pengarah Eksekutif SOS, Christine Wong berkata, keadaan itu amat membimbangkan ekoran ramai warga emas memilih untuk membunuh diri sebagai satu-satunya pilihan untuk mengakhiri kesusahan dan kesakitan. - AFP