Hujan lebat berpanjangan di bahagian barat Jepun mengakibatkan bencana terburuk dalam tempoh 36 tahun dan telah meragut 200 nyawa yang kebanyakan mereka tinggal di lereng-lereng bukit.

Bencana alam semakin buruk sejak kebelakangan menimbulkan kebimbangan kesan daripada pemanasan global dan tahun lalu sebanyak 12 orang terbunuh dalam kejadian sedemikian.

"Kejadian hujan lebat luar biasa semakin kerap kini,” kata Ketua Setiausaha, Yoshihide Suga kepada pemberita di Tokyo.

Menyelamatkan nyawa, katanya, kini menjadi tanggungjawab terbesar kerajaan.

"Kami sedar keperluan kepada langkah bagi mengurangkan kerosakan akibat bencana alam sebegini,” katanya yang tidak menjelaskan bentuk tindakan yang bakal diambil.

Lebih daripada 200,000 isi rumah kini terputus bekalan air selepas seminggu bencana melanda dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.

Lebih 70,000 anggota tentera, polis dan bomba kini berusaha mencari mayat mangsa yang terkorban. - REUTERS