Video kesusahan wanita itu dimuat naik dalam Pear Video di laman sesawang Miaopai me­nunjukkan dia dan suaminya me­merlukan sekurang-kurang­nya 100,000 yuan (RM43,744) untuk kos rawatan tersebut.

Video tersebut ditonton lebih 2.4 juta kali dan mempunyai 5,000 ulasan sejak dikongsi oleh media sosial Sina Weibo.

Menurut wanita itu, dia terpaksa berbuat demikian untuk mendapatkan wang dengan kadar segera kerana anaknya sedang dirawat di Hospital Bao’an District People, lapor portal BBC.

Suaminya memberitahu, me­reka berhutang ‘beratus-ratus ribu yuan’ dengan hospital itu dan ‘doktor memaklumkan apa­bila anaknya sembuh, mereka perlu bersedia untuk membayar sekurang-kurangnya 100,000 yu­an’.

Sejak beberapa tahun kebe­la­kangan ini banyak pihak mengkritik tentang kebajikan kesihatan di China berikutan tindakan pusat pe­rubatan mengenakan ba­yaran yang melampau selain dakwaan ada pihak yang terpaksa membayar lebih agar tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Kebanyakan pengguna inter­net melahirkan rasa simpati ter­hadap pasangan itu.

Mereka menggesa orang ramai memberikan sumbangan wang kepada pasangan itu malah ada yang berjanji untuk memberi sumbangan jika mereka bertemu dengan pasangan tersebut.

Namun ada juga pengguna yang tidak bersimpati kepada pasangan itu dengan seorang pengguna menyatakan tindakan menjual susu badan adalah ‘cara salah untuk mendapatkan bantuan’.

Seorang pengguna, bagaima­napun menyelar tulisan yang negatif itu dengan me­nyatakan ia adalah kasih sayang ibu bapa yang ti­dak berdaya dan mereka yang menghina sepatutnya berfikir perkara sama boleh berlaku kepada anak mereka.