Menurut portal Mail Online, Jong-un dilihat memegang sebatang rokok di sebalik enjin roket peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Korea Utara beberapa minit sebelum dilancarkan.

Dalam klip video berdurasi le­bih tiga minit itu, Jong-un ber­ada hanya beberapa langkah dari pangkalan enjin pelancar roket Hwasong-14.

Menerusi rakaman yang tular di laman Twitter tersebut me­nunjukkan, Jong-un kemudian bertindak menyalakan rokok sebaik sahaja peluru berpandu itu bersiap sedia untuk dilancarkan pada Selasa lalu.

Tiada siapa pula yang cuba menghentikannya malah membiarkan sahaja beliau terus menghembuskan asap rokoknya tanpa memikirkan kemudaratan yang mungkin boleh berlaku.

Ramai yang melihat video itu mengakui terkejut kerana tin­dakan berkenaan diketahui sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kebakaran besar.

Korea Utara mengumumkan pelancaran ujian ICBM pada Selasa lalu dengan mengatakan peluru berpandu itu mampu membawa kepala peledak nuklear yang besar dan berat.