Mail Online yang memetik seorang sumber melaporkan, perjanjian yang dicapai sema­lam dengan bantuan Jabatan Per­khidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak Los Angeles itu memboleh­kan Jolie, 41, mendapat hak jagaan sementara semua anak mereka.

Pitt, 52, dibenarkan melawat anak mereka sambil dipantau seorang ahli tera­pi pada kunjungan kali pertama sebelum dibenarkan membuat lawatan secara bersendirian.

Pelakon filem Fury itu juga secara sukarela menawarkan diri mengadakan pemeriksaan dadah dan seluruh ahli keluarga tersebut termasuk anak-anak akan menjalani sesi kaunseling.

“Perjanjian sementara ini akan bertahan sehingga 20 Okto­ber. Pasangan itu berbuat demikian demi kepentingan keluarga mereka,” jelas sumber itu.

Jolie memfailkan perceraian daripada Pitt pada bulan lalu.

Pasangan tersebut berkahwin dua tahun lalu di Perancis dan mempu­nyai enam orang anak iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh serta pasangan kembar, Vivienne dan Knox.