Tribunnews.com melaporkan, perlakuan itu dakwanya, disifatkan sebagai ‘crime of omission’ (suatu kesalahan dikategorikan kepada seseorang yang gagal melaksanakan tindakan yang dikehendaki) mengikut istilah undang-undang.

“Saya bukan pengamal undang-undang tetapi saya ada belajar serba sedikit mengenai undang-undang dan ‘crime of omission’ bermaksud ‘mendiamkan kejahatan’ meskipun menyedari berlaku sesuatu jenayah di sekelilingnya.

“Ini bermaksud beliau boleh dituduh terlibat bersu­bahat dengan penjenayah. Saya melihat, Jokowi bertindak pasif terhadap aktiviti rasuah, maka kita perlu ‘urus’ beliau sungguh-sungguh,” dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam forum perbinca­ngan Ganti Nakhoda Negeri? di sini semalam.

Beliau juga menyatakan keyakinan yang Jokowi akan kalah kepada Prabowo Subianto dalam pilihan raya Pre­siden (Pilpres) Indonesia yang bakal diadakan pada April ini.

“Sekiranya seseorang ke­tua negara itu berdiam diri, ini bermakna dia setuju. Di Indonesia, ketua negara belum pernah dibawa ke muka pe­ngadilan. Mungkin dia akan diheret ke mahkamah nanti,” katanya.

Amien yakin kuasa dan ra­suah mempunyai hubungan kait yang rapat.

Beliau turut mendakwa berlaku rasuah skala besar dalam kalangan penguat kuasa membabitkan pembangunan infrastruktur.

“Rasuah yang paling besar berlaku di dalam istana dan konco-konconya. Kegiatan itu berselindung di sebalik projek-projek mega seperti Meikarta, penebusgunaan Teluk Jakarta dan tren laju Jakarta-Bandung,” dakwanya.